Drummer Reunite

Hi uols, lama tak update blog kan, kali ni kita nak share sikit tentang jamming session cum mini reunion dengan kenalan female drummers Mac lepas. 

Actually kitorang ni kenal dah almost 2-3 tahun juga. Pernah plan nak jumpa dan jamming sama tapi selalu tak jadi. haha Yelah sebab nya selalu clash masa dan masalah jarak.

Antara kitorang ni ada yang dari KL dan Johor. Jadi nak setting masa tu agak payah. Dan kali ni pun kebetulan saya oustation urusan kerja di Shah Alam, alang-alang tu selit masa sekejap la jamming suka-suka je uols. Kemain sambil menyelam minum air kan. haha Actually, ada lagi ni sebenarnya female drummers lain yang tak dapat join sebab yang ni memang unplanned pun. Jadinya, mana yang sempat jelah ya kali ni.



Introduce to you drummer power dua orang ni, yang tengah tu Kak Begum. Drumming relax je, tapi power. Eh orang lama ni! Memang happening sangat la bila ada akak ni. Yang hujung kanan tu, Mieza, yang ni power habis, kalau ada terceper masa drumming tu memang dia pandai cover baik punya. 




Yang best nya Mieza boleh pulak main lagu fav kita malam tu, Careless Whisper by Seether! haha kita nak main lagu ni pun tak lepas lagi padahal takda lah susah mana rasanya kot. Kita je yang tak reti sebenarnya. haha Malam tu kita ada record juga few videos, once dah ready nanti kita boleh share ke uols ya kalau berminat nak tengok la hehe



Okay, yang si comel ni pula Sirhan, anak kepada kak Begum. Ingat lagi masa kita jumpa Sirhan ni dia baby-baby lagi... comel habis, sekarang membesar dengan handsome dan bijaknya, haha. Speaking London dan baik je dengar kata. Pandai pulak tu dia berjoget-joget time orang tengah jamming. haha

Berangan jap... kalau ada anak lelaki pun kita nak dedahkan sikit dengan muzik. What instrument ya? Ermmm i think Violin lah, macam David Garrett! OMG so cute and talented tau masa David kecik-kecik dlu! hahaha uols tak tau siapa tu? Cuba la google okay!

Love,
Fateha Fatin