Buffet Ramadhan Johor 2017 - Tanjong Puteri Golf Resort

Salam Ramadhan semua

Bila tiba Ramadhan, mesti ada yang suka cuba-cuba menu buffet di luar kan? Selalunya hotel atau restoren akan buat early bird promotions sebulan sebelum Ramadhan gitu. Tapi masa tu kita ni tak berapa nak hirau, tak da perasaan tengok buffet tu suma. Makanya terlepas la harga jimat early bird.


Dah mula puasa baru lah menjejes airlioq tengok pakej2 buffet tu. So untuk Ramadhan kali ni, kita baru cuba 1 pakej buffet ramadhan sekitar Pasir Gudang di Tanjong Puteri Golf Resort. Pengalaman selalu makan kat sini not bad sesedap tau rasa dia.
 
So kita pun calling2 la TPGR untuk booking dulu. RM 78 x 6 pax dewasa. Kanak-kanak lupa berapa rate nya hehe . Since rumah dekat je tak sampai 5 minit dah sampai, kita pergi lagi 10 minit berbuka je hehe. Sampai-sampai pula, memang surprise la sebab tak penuh orang sangat kali ni. Atau mungkin sebab kita pergi on weekdays kan. Maybe weekends penuh tak pasti la.
 
 
Sebelum azan, siap2 lah amek sikit2 dulu kan, kita macam biasalah, memang segala sup dan bubur kita amek dulu hehe. favourite lah katakan. So far yang ada masa tu, Sup daging yang ni sedap gila! mushroom soup dan bubur asyura.
 
 
 
 
 
Tak berapa nak sempat snap menu haha sebab teruja sangat kot tengok makanan. Hidangan secara buffet ada, yang ala-ala stall pun ada. Buffet nya banyak juga ada masakan melayu dan kampong.

Ada juga counter dessert macam kek dan kuih semua tu, tapi kita tak ambil pun. haha Stall ABC, aiskrim pun ada, just request staff tu akan buatkan ABC untuk kita. Tapi paling win TEH TARIK dia weh! Ya Allah sedap gila! haha. Dia tarik kaw kaw depan2 kita.

Stall untuk makanan yang bbq, bakar dan ala-ala masakan panas/goring pun ada tau. Ni kita belanja sikit la menu yang sempat ambil di bahagian stall nya. Semua sedapppp. Especially beef tu laaa mmg favourite la. Sos nya semua sedap lah bagi kitorang ni. Kambing pun ada tapi kita tak makan kambing. Sekian. hehe

Ayam tandoori
Capati
Sate ayam
Sosej
Beef slice (sedapppp)
 
 
Dah habis makan? Apa lagi, bayar lah bil haha.
Kat bil tu ada juga alamat dan contact no Tanjong Puteri Golf Resort tu ya kalau uols nak booking.
 
So uols ada yang dah berbuka buffet ramadhan sekitar Johor Bahru tak?
Boleh tinggalkan komen mana tau kita boleh cuba juga ;)

 

No comments:

Post a Comment