Resipi Overnight Oats untuk Sahur dan Diet

Sebenarnya saya ni tak berapa nak makan oats sangat. Tapi disebabkan kat dapur tu ada pula balance sikit oats, apa lagi kita cuba-cuba jelah buat Overnight Oats ni. hehe Lagipun bahan-bahan dan cara buat nya mudah sesangat, just tuang-tuang gitu. Tambah pula dengan bulan Ramadhan sekarang ni kan, sesuai sangat bila dah prepare siap-siap overnight oats, boleh la makan time sahur nanti.

Bahan-bahan nya pun simple je uols. Boleh je nak tukar-tukar dgn apa je yang ada kat dapur tu hehe. Macam saya, saya gunakan:

1. Oats
2. Yogurt (any brand and any perisa pun boleh)
3. Potongan buah, saya guna manga je (uols boleh juga try strawberry and all the berries, epal, kiwi, pisang, kekacang macam badam atau walnut dan sebagainya la ikut suka dan kreativiti masing2 hehe)
4. Chia seeds (optional)



Cara nak sediakan Overnight Oats sangat lah mudah:
 
1. Sediakan glass jar
2. Masukkan oats dalam 4-5 sudu (atau ikut kesesuaian bekas yang uols gunakan)
3. Tuangkan yogurt untuk lapisan pertama
4. Untuk buat layer seterusnya, masukkan lagi oats dan selang seli dengan yogurt
5. Tuangkan lagi yogurt pilihan uols
6. Akhir sekali, masukkan manga dan taburkan sedikit chia seeds
7. Masukkan dalam peti sejuk dan simpan semalaman

Hasilnya macam kat bawah ni, uols boleh ambil semasa bersahur supaya boleh kenyang lebih lama puasa esok harinya hehe

 


Selamat mencuba!
 

No comments:

Post a Comment