Cara Bayar PTPTN Online melalui CIMB Clicks

Cara bayar PTPTN online ada pelbagai medium. Macam saya , saya pilih bayar PTPTN oline melalui CIMB Clicks je. Tak payah pening-pening pergi ke kaunter, ambil nombor bagai. Sekarang ni semuanya di hujung jari kan.
Untuk anda yang bercadang untuk bayar PTPTN secara online melalui CIMB Clicks, boleh ikut steps yang saya sertakan di bawah:

Langkah 1

Pastikan anda tahu jumlah bayaran balik bulanan anda. Kalau dulu ada yang cakap "Takpa ko bayar je RM 50 sebulan, asalkan bayar". Sila jangan ikut dan jangan percaya dengan pesanan macam tu. Nanti anda juga yang perit bila cek-cek akaun tak surut2 hutang. Jadi pastikan bayaran bulanan mengikut jumlah yang telah ditetapkan atau kalau boleh bayar lebih lagi bagus.

Langkah 2

Pergi ke www.cimbclicks.com.my dan LOG IN ke dalam akaun anda. Masukkan USER ID dan PASSWORD.

 

 
Langkah 3

Pilih tab PAY kemudian pilih BILLS.



Langkah 4

Pilih PTPTN-Bayar Balik Pinjaman Pendidikan.
 
 


Satu paparan akan keluar seperti di bawah. Dan anda hanya perlu isikan NO IC PEMINJAM dan NO TELEFON serta JUMLAH BAYARAN BALIK BULANAN.







Klik PROCEED TO PAYMENT untuk proses selanjutnya.


Langkah 5


Tekan Request TAC dan kemudian anda perlu masukkan TAC yang telah dihantar oleh pihak CIMB ke handphone anda.

 

Dan untuk pengetahuan, charge RM 0.53 dikenakan untuk transaction ni tauu.
 

Langkah 6
 

Apabila anda dah masukkan TAC number tu, teruslah tekan CONFIRM dan SELESAI! 

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Tahniah! Anda sudah pun berjaya melaksanakan salah satu tanggungjawab iaitu membayar semula hutang/pinjaman. Cepat-cepat la kita bebas daripada hutang ya. Nanti tak ada lah nak risau buat loan rumah, nak travel oversea. Gituuu

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau tentang steps yang saya berikan tu, boleh la tinggalkan feedback atau komen di bawah, okay?


Love,
Fateha Fatin
 

No comments:

Post a Comment