Serum Mawar: Penyelesaian Masalah Kulit Muka Kering

Kat Pasir Gudang, Johor ni, memang panas sejak Ramadhan dulu. Hujan sekejap2 je. Panas punya pasal memang membuatkan kita bergantung kat aircond for almost 24 hrs. Bayangkan lah, kat office aircond tu direct ke diri I, kat kereta pula, memang sah-sah kita akan On aircond kan.. Tak cukup tu, sambung pula kat rumah. Memang kulit ni terdedah aircond.

Pernah tak you all rasa, bila terdedah kat aircond ni, kulit rasa kering jeee? Pastu akan mengelupas. Tak selesa sangat. Sabar jelah kan. I pun sama, lately ni, suffer from Dry Skin. Sudahlah kita ni memang always bergantung kat moisturizer and lotion, bila ditambah dengan keadaan cuaca sekarang yang panas dan kering, memang perlukan extra skincare.

Ada la few products yang I guna, tapi tak semua praktikal untuk bawa ke mana je kan. Lagi2 bila kita asek tukar2 handbag, boleh terlupa lah kalau nak bawa semua skincare kita tu kan. Sejak ada Serum Mawar ni, memang praktikal. 


Murah ditambah lagi FREE je dengan setiap pembelian GARAM ASSYIFA AURA REZEKI, boleh lah standby banyak2 kat office, kat kereta, kat handbag kan.
Bila rasa kulit cam kering, spray je terus direct ke muka. Biarkan dia kering sendiri. Selain daripada tu, kalau kita rasa ngantuk ke, lesu ke time driving atau buat kerja kat office tu, boleh lah spray juga. terus segar bugar nanti jadinya. Bau nya pun sangat wangi. Fresh bau rose. Suka sangat lah guna Serum Mawar ni yang bersih dan suci tanpa bahan kimia ni.

Selain mengatasi masalah kulit muka kering, serum mawar ni pun membantu menganjalkan kulit dan membuatkan wajah nampak lebih awet muda. Seri pun naik sebab mawar ni memang terkenal dengan fungsi menaikkan seri wajah. Nak kesan lagi best? You all simpan lah serum mawar ni dalam peti ais, dan sembur masa sejuk2 tu, dengan cara ni, membantu mengecilkan pori2 kat muka :)

Best sangat kan? You all yang ingin dapatkan Serum Mawar ni, boleh contact I segera. 
+6013 7706136

Review: Handsocks Muslimah

Assalam you all. Dah lama banget tak update blog ni. Banyak nak update. Mana yang review, mana yang berkaitan biz lagi :) Memang best bila dapat sharing ngan you all. Mana tahu kot2 minat kita sama, kot2 you pun tercari2 benda yang sama kan. Hopefully memberi manfaat kan..

So this time I nak review berkenaan few brands of Handsocks yang I try baru2 ni. Actually I still lagi cuba berjinak2 pakai handsocks. 

Masa Ramadhan lepas, I join perjumpaan From Gaza With Love di Johor Bahru, khas untuk ibu bapa penaja anak yatim di Gaza. Nak dijadikan cerita, masa tu nak Solat Maghrib berjemaah. Memang masa pergi I siap2 pakai jubah, socks semua dengan niat nak mudah dan terus solat tapi at the same time still bawa telekung sebab I tahu I tak pakai handsocks, risau terbuka aurat. Penyudahnya, masa solat tu, memang I sarung jugalah telekung. 

Masa tu terus terbuka hati nak cari handsocks, senang bila nak solat2 kat luar.. dan aurat lebih terjaga. Syukur, datangnya feeling ni. Dah lama tercari2 feeling ni. Tapi memang susah... Alhamdulillah perjumpaan ni asbabnya. Sejak dari tu I start shopping2 cari handsocks. Tapi kebanyakan yang jual kat luar semuanya melekap habis, nampak bentuk lengan. Tercari2 juga yang longgar.

Tiba-tiba I teringat yang I ad friends kat FB yang jual handsocks. Ya Allah memang syok rasaaaa. Sebab mudah je. I stalk2 lah sikit and terus PM direct owner. So hasil pencarian I, ad dua brands yang memang menarik minat I untuk yang baru2 nak start ni :)

1) ROCK SOX



Masa beli Rock Sox tu sebab cantik sangat, I terus beli dua. Harga pun affordable. Lepas tu masa dapat parcel macam terkejut gak. Tak sangka handsocks tu packaging dalam pinky pouch ni. Memang cantikkk. Semangat plak rasa nak pakai. haha


Sooo, ni la rupa Rock Sox tu. Yang ni namanya Rock Sox Jannah 2.0. Cantik kan... siap ada cute pin yang memang dah melekat kat situ.. Material yang selesa dan longgar. Tak nampak shape lengan. Masa I beli tu, I ctc sis Ana Zawiyah kat FB. She is the owner of this brand. I pun stalk juga IG @rock_sox masa tu :)


2) AMOI MUSLIMAH HANDSOCKS



Tetiba addiction kat handsocks menjadi-jadi. haha. Tu yang in one week I borong almost 6 pairs (lagi satu yang biasa je brand from Egypt, selesa tapi melekap). In the same week, I teringat lagi sorang FB friend I, Muhammad Hafiz Azmi yang menjual handsocks from brand AMOI MUSLIMAH. 

Memang affordable sangat2. Design yang ada flower ring ni 1 pair cuma RM 11. Masa I beli tu, ada promo, beli 3 dapat 1 FREE gift. Dah alang-alang murah, beli lah terus 3 pasang kan and I pun taknak lah tanya FREE gift tu apa. Biar lah surprise. boleh gitu? haha. Alhamdulillah, masa dapat parcel tu memang puas hati sangat... Cek2 dapat mini tasbih, cute jee so letak dalam kete lah tasbih ni, boleh standby zikir2 dalam kete ke kan.. gitu.. hehe


Apa tunggu lagi you all, especially yang memang pengguna handsocks, try lah these brands.. Buat tambah2 collection handsocks kan.. :)