Mulakan Pagi Anda dengan 3 Perkara Ini




Nak mulakan hari dengan minda dan jiwa positif? Jom lakukan 3 perkara ini sebaik sahaja bangun dari tidur. Lakukan semasa uols masih di atas katil lagi tau. Tak ambil masa lama pun. Beberapa minit je :)

1. Jangan tengok handphone (unless part alarm je). Dan jangan terus buka social media scroll sana sini. Risau terbaca post yg negatif, dah pagi2 kita sumbat minda dan jiwa kita dgn perkara negatif. Dilarang keras!

2. Pejam mata, letakkan tangan kanan di dada kiri, senyum paling lebar dan penuh rasa happy sambil ucap Alhamdulillah, syukur kat Allah kerana diberi peluang untuk bernafas lagi harini, syukur atas segala nikmatnya (sebut terus 10 perkara yg kita syukuri tu)

3. Minta dgn Allah apa yg kita nak, samada ia target untuk harini atau target sebulan atau jangkamasa panjang. Visualize, pejam mata sambil bayangkan yg kita dah dapat pun apa yg kita minta tu. Lakukan affirmation setiap pagi.

Dah lakukan 3 perkara di atas?
Ibadat yang Wajib jangan pula ditinggal, solat Subuh ;)

Love,
Fateha Fatin

No comments:

Post a Comment