Review: Zawara Coffee, Bukit Jelutong

Selama ni memang tahu pasal Zawara Coffee ni, tapi tak ambil port sangat sebab kat JB takda. Kat JB cuma ada butik Zawara je. Hehe. Bila mentor biz announce ada O Group session kat Zawara Coffee, terus macam excited, ON je lah! Paling best O Group kami tu schedule mula dari 9am. Memang sesuai sangat lah untuk mulakan hari dengan coffee tu kan.

FYI, I gerak dari JB dari 4am tau untuk O Group session tu. Ingatkan sampai 9am tapi rupa2nya, terawal sejam, 8am dah sampai area Bukit Jelutong. Memang mudah sangat nak pergi Zawara Coffee ni kalau dari JB. Bersebelahan juga dengan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong. Nampak masjid tu, you all boleh la slowkan sikit kenderaan dan ambil kiri yaa, dari Jauh dah nampak Zawara Coffee tu hah.



Nak cerita sikit experience masa 1st time try coffee-coffee kat sana. Mula2 we all PB Angels ambil location meja depan sebab ingatkan space nya limited area depan dan luar(tepi) je. Rupa2nya belakang pun ada, lebih cozy tapi kurang pencahayaan sikit lah waktu siang2. So area belakang tu sesuai untuk lepak2 chit chat santai2. Since we all sume nak buat discussion, kita pilih tempat yang terang sikit, di area macam kat bawah ni. (I tertarik dengan props belakang tu, machine apa tu ekkk haha).



Before start O Group, masing2 pergi order dulu. Self service ya, order kat kaunter. Since namanya pun Zawara Coffee, jadi menu yang wajib dicuba especially waktu pagi, semestinya lah Coffee yang rare sikit daripada biasa. So masa order tu, I order Buttersotch Machiatto, RM 12 per cup. Terus bayar ya dan dapat macam satu tools ni, I pun xtau nama. Agak rare juga ni, sebab normally kalau makan kat restoran lain, button ni atas meja kan, untuk kita panggil waiter ke, etc... Tapi kat Zawara Coffee, this tool you akan pegang dan haruslah alert dengan "beep" or "ring" sound camtu lah. Bila keluar bunyi tu, maksudnya, order you all dah ready dan boleh la ambil kat kaunter :)



Buttersotch Macchiato yang I cuba ni, sedap tapi susah nak describe, I macam kurang sense nak detect butterscotch nya. hehe. Apa2 pun rasanya tetap nice dan buat I segar sepanjang hari. 



Okay, dah dapat coffee, masing2 dah boleh fokus dengan meeting, conducted by our mentor, CDM Kak Izyan. Kak Izyan sampaikan amanat our top mentor, CDM Kak Salha Zain, sempena final lap OSAKA. Ya Allah, tinggal lagi 21 hari je ni. Wajib buang mindset negatif, jalan terus, lakukan sehabis baik, inshaaAllah kita pun akan dapat yang terbaik! You all yang nak tau lanjut camna kami buat online biz dan capai income 5 angka serta melancong percuma tu, boleh la whatsapp2 I ya. Dekat blog ada my contact no :)




Dah selesai O Group session, I  ambil peluang untuk take away sikit foods and coffee. Masa tu xtau napa xtengok menu lain kecuali Buffalo Chicken Wings ni. Tak perasan pulak kalau ada pasta2, sebab mind dah focus kat Chicken Wings ni. lagi2 menu ni asik lalu lalang je ads dia kat newsfeed FB I dari semalam. hehe. Lepas tu, order pulak coffee lain, Caramel Macchiato. Memang tak tidur lah jawabnya sampai dua cup haaa bedal dalam satu hari. So, ni la my quick lunch sebelum bergerak ke Studio for photoshoot. Sedap sangat, rasa nya different dari kebanyakan yang selalu makan (BBQ la, honey, etc..). Zawara punya ni, rasa paling ketara dia pedas dan masam. 



After all, menu kat Zawara Coffee setakat yang I cuba, tak mengecewakan dan berbaloi. Banyak lagi menu2 sedap yang wajib try dekat sana. Kalau lah ada kat JB ni, memang jadi one of my fav spot la for chilling! You all mana yang belum cuba, especially macam I ni yang jauh kat Johor, yang memang takda Zawara Coffee ni kat JB, bebila ke area Shah Alam ke, Bukit Jelutong ke, boleh lah you all singgah. So kat bawah ni, I bagi address nya untuk you all waze:



ZAWARA Coffee, Bukit Jelutong
1-G-04, Jalan  Bazar U8/101,
D' Vida, Bukit Jelutong,
40510 Shah Alam,
Selangor.

No comments:

Post a Comment