Kek Pisang Boss by Duyung Sweets Laling

Haritu I scroll2 newsfeed FB terkeluar pulak lah post pasal Kek Pisang. Nampak exclusive. And paling mengujakan katanya Kek Pisang tu pilihan TMJ, Kek Pisang santapan TMJ lebih kurang gitu lah. hehe. Maklumlah I ni memang pantang tengok makanan, lagi2 yang rare even Kek Pisang je pun. Bila baca2 comments, kek pisang tu dijual dalam 1 size je, iaitu 1 kg. Terus I macam, banyak nyaaa habis ke ni kalau beli sebab kat rumah ni bukan ada yang favourite kek pisang pun.




Tengokkk, exclusive kan packaging dia! Kek pisang jer pun. Tu yang I macam teringin sangat. Terus tengah2 malam I PM owner nya, FB: Duyung Sweets Laling. Order tu open untuk hari Sabtu sebenarnya, tengah2 Jumaat malam tu juga I PM. Lega bila bangun tidur esoknya, cek2 inbox, masih sempat lagi join the list. ahahah. Actually boleh request for delivery ke Pasir Gudang, tapi kebetulan my biz partner lalu area sana, so minta tolong skali lah ambilkan. ahahah. Locationnya, di area belakang Hotel Thistle je. 


Nak tengok rupa dia? 



Tengokkk, cam best kan, siap ada banana slice on top of the cake tu. I xamek lak gambar slice nya haha. Tapi texture dia lembab lah. Kira macam moist cake juga lah. Tak macam selalu kat supermarket tu, kering sikit. Tapi depends on you all prefer yang mana kan. So, kalau ada antara you all yang teringin nak cuba tu boleh la try contact ownernya; FB: Duyung Sweets Laling.


1 comment: