Agar-agar Puding Kastard Min Kaffe

video


Bahan-bahan untuk Puding Agar-Agar:
Agar-agar, 35 gm
Gula kastor, 480 gm
Mentega (dicairkan), 187.5 gm
Kuning Telur, 5
Air, 1.25 litre
Esen Vanila, 1 sudu
Min Kaffe, 2 sachet
**Tepung Kastard, 3 sudu
**Air, 3 susu
(bahan ** dicampur bersama)
 
 
Bahan-bahan untuk Sos Kastard
Krim, 200 ml
Gula, 1 sudu
**Tepung Kastard, 2 sudu
**Air, 2 sudu
 (bahan ** dicampur bersama)
 
 
Cara Penyediaan Puding Agar-Agar:
  1. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan mentega yang telah dicairkan ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  2. Masukkan air ke dalam periuk kemudian masukkan agar-agar dan gula. Masak sehingga larut.
  3. Seterusnya, tambahkan 2 sachet Min Kaffe dan pukul sehingga larut.
  4. Masukkan telur dan bahan ** ke dalam adunan perlahan-lahan dan reneh dengan api kecil. Teruskan memukul sehingga adunan kastard menjadi pekat.
  5. Tuangkan adunan ke dalam bekas agar-agar dan sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.

Cara Penyediaan Sos Kastard:
  1. Panaskan krim di dalam periuk dan masukkan gula. Masak sehingga larut. Kemudian masukkan bahan ** dan pukul sehingga sedikit pekat dan likat. Biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

Cadangan Penyediaan:
  1. Potong pudding agar-agar dan letakkan di atas piring. Tuangkan sos kastard di atas puding. Hiaskan dengan potongan buahan yang dikehendaki. Selamat Menikmati!
 

Dapatkan Promosi Hebat Min Kaffe sekarang
Fateha Fatin
+6013 7706136

  

No comments:

Post a Comment