Sebulan juga tak singgah Secret Recipe. Disebabkan teringin nak makan Meatball Spaghetti dia, I pun pergi lah Jusco Permas Jaya berdesup untuk dinner semata-mata. Settle order menu favourite, mesti terkial-kial nak order air. Nasib baik waitress suggest me to try the NEW Fruit Tea!
Seriously, nikmat! haha. Rasa macam minum infused water. Rasa konon-konon sihat bila minum air nih. Yelah, macam kat luar tu ad je tea yang berperisa apple lah, strawberry lah, blueberry lah etc. Tapi Secret Recipe Original Fruit Tea ni, memang puas sebab penuh dengan hirisan epal hijau dan lemon! Terbayang nyaaa sampai sekarang.
Served pulak dalam mini jug comel ni, daripada I yang jarang dapat habiskan air bila makan kat luar, tapi yg satu mini jug ni boleh habis sorang okay! Sambil minum sambil bayangkan dia bertindak. Agak-agak macam infused water yang boleh bantu detoks dan boleh kurusssss. Gitu sangattt. hehe
You all yang nak try tu, Iced Original Fruit Tea ni harganya RM 12.90. Dan sebenarnyaaa, boleh juga kalau nak buat sendiri je kat rumah! Simple jeeee.
No comments:
Post a Comment